Projek SARI (Multiflora)

Projek SARI adalah inisiatif pertanian yang menumpukan kepada penternakan lebah kelulut untuk menghasilkan madu daripada pelbagai jenis bunga (multiflora).

Projek ini menggunakan konsep ladang satelit dengan melibatkan komuniti tempatan dan juga Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat.

Pengurusan kawasan tanaman yang mempunyai pelbagai bunga amat penting untuk memastikan lebah kelulut dapat mengumpul nektar daripada sumber yang berbeza disamping mengekalkan biodiversiti dan usaha terhadap pemuliharaan tumbuhan yang menjadi sumber nektar bagi lebah kelulut.

Sebagai langkah awal, sebanyak 20 sarang kelulut akan diletakkan di kebun ternakan Batu 18, Hulu Langat dengan melibatkan dua jenis kelulut iaitu Itama dan Thoracica. Ini merupakan usaha ke arah pemuliharaan populasi lebah kelulut serta memperkukuhkan ekosistem tempatan.

Penanaman sumber makanan tambahan seperti herba dan pokok bunga tempatan diharap dapat menyokong keperluan nektar dan debunga untuk lebah kelulut disamping pokok buah-buahan sedia ada seperti rambutan, pulasan, jering dan nangka.

Secara keseluruhannya, Projek SARI bukan sahaja memberi tumpuan kepada penghasilan madu, tetapi juga kepada kelestarian alam sekitar, peningkatan kesihatan, dan pemberdayaan ekonomi masyarakat tempatan.

khasiat madu kelulut untuk kesihatan
khasiat madu kelulut untuk kesihatan
khasiat madu kelulut untuk kesihatan
khasiat madu kelulut untuk kesihatan